Throwback. A birthday shout out to teacher Elsey. MGBU ;-)
Friday, 21 August 2015
Monday, 29 June 2015
Admiration, Adoration or Devotion?
"An idol is an image or other material object representing a
deity to which religious worship is addressed or any person or thing regarded
with admiration, adoration or devotion"-
Wiki.
Haiiii. Salam Ramadhan, dan selamat bertugas
kembali. Hehe, Bercakap pasal idola, sy yakin semua ada sekurang-kurangnya 1
atau lebih individu yang beri kesan dalam diri. Tidak kisahlah ahli agama,
politik, entertainer dll. And mine is so random. Wanna know why? ;-)
1) Michell Phan
I really love her. At first saya cuma tau dia ni
make-up demonstrator yang banyak publish tutorial video pasal mekap di Youtube.
Saya minat betul dengar suara dia ni. Tenang saja dia cakap. Cuba tutup mata
pastu dengar dia bercakap through earphone, i thought angels must be talking
exactly like her. Video dia pun tidak terhad pasal mekap. Try google 'how to
de-stress' or try 'girls guide to starting over' by her. Her perspective bring
out new atmosphere. Bait-bait kata yang dia guna pun always rhymes and
brilliant. Dapat rasa yang dia ni memang beauty with brain dan dalam masa yang
sama boleh persuade orang yang follow video dia. Sy mengaku saya download
kebanyakan video dia pi lappy. Bila saya rasa down, saya cari tu folder video
dia. It feels great how an unseen person can do so much to uplift your mood. I
adore her as an idol. Thank you Michell Phan for igniting my spirit and for
inspiring me to be creative. I like to think her as my virtual motivator.
Goodluck beautiful dreamer.
2) Jayesslee
Janice and Sonia, twins yang sy rasa so much
alike. First sy tau durang ni dari adik sy. Dia cakap "best oo ni, cuba
dengar suara harmoni durang". Time tu kalau tidak silap, durang buat cover
lagu I Won't Give Up by Jason Marz. Start dari sana, sy develop tu admiration.
Asal ada cover baru, tida missed tu mo pi dingar. Tp memang betul oo. Time
durang nyanyi tu lagu, can feel the chemistry between them and they sang it
like they really meant it. Yang paling best skali, sy tida ble kasi beza sapa
yang nyanyi suara 1 and whose sang the second voicing. Sangat misteri bagi sy
sampai sy stare their lips tym durang tengah duet harmoni on MV. Dan yang
terbaru, sy baru tau nama duo durang Jayesslee tu sebenarnya membawa maksud
'Jay' untuk J (janice), 'Ess' untuk S (sonia) dan 'Lee' tu surname durang.
Adehh.. setelah sekian lama, mystery solved. Hehe. Janice and Sonia are both
married and each both have a son of same age. Jauh sangat sy stalk durang ni
especially video yang dimuatkan dalam andymetsonia. I watched their very
episode. STALKER! By the way, Thank you Jayesslee for teaching me how to
live a 'life', and promote true value of sisterhood.
This one are the most random of all. Sy x tau pa
macam sy ble terjumpa this awesome and family oriented blog. Apa yang sy tau, i
love how Val as a wife and a mother of four handle her family with care,
growing vege, home canning foods, and home schooling her own kids. Sy slalu
percaya home are a better place to stay. And i'm gonna make it real someday.
:-) Thank you Val for reminding me of organic life and for the idea of 'there
is always a reason to smile every second of life' (kids, dogs, or even a tiny
little sprout of vege that grew at the backyard).
Thank you for inspiring me. Xoxo. :-*
Thursday, 21 May 2015
Dnars Review-Set Jerawat
"Real people, real life, real stories"- Lite FM.
Hai. Lama tiaa muncul kan, baru skg datang balik ni. Mulanya, saja2 Blogwalking tengok testimoni orang pasal K Colly Sweet 17. Kira mau beli baa tapi ngam la mo survey2 dlu. Baca apa2 yang patut kan. Buka Google and mula men-search review and testimoni produk. Dari sana tau macam2. Dari cara mengenal produk ori bukan ori, side effect, keberkesanan produk etc. Satu pengajaran pada diri sendiri, sebelum beli produk, baca dulu review and testimoni PENGGUNA sebenar dan bukannya si PENJUAL.
Pigi la mana2 outlet kecantikan even penjual online pun claim barang tu bagus. Tapi di akhir nanti, apa2 kesan sama ada baik atau buruk, si pengguna yang akan rasa dan tanggung. Terdetik di hati mo buat own testimony pasal Dnars Set Jerawat. Jerawat ni memang dah sebati betul. Since 2003, datang dan pergi. Tapi tahun 2014 kemuncaknya sampai camera 360 dan beauty plus pun tida dapat cover. Cakap serius ni. Sedih sangat bila ingat balik. Sampailah nampak kawan jadi putih and parut dia pun hilang. Rupanya dia pakai Dnars.
KEKUATAN
1) Cerah- Seawal seminggu boleh rasa dah muka lembut. 3 weeks after, org mula tegur ada seri. ;-)
2) Jimat- Beli benda ni dekat outlet Sp dapat lebih kurang RM50. Lepas pakai magic day cream, no need to buy foundation or compact powder. Cream ni bertahan dekat 2 bulan bergantung kadar pemakaian.
3) Multipurpose- Sabun beras tu bukan setakat muka, guna sabunkan badan pun ok. Tapi jgn selalu, takut keringkan kulit.
KELEMAHAN
1) Moon Cream- Benda ni kalau pakai teratur tahan dalam sebulan gitu. Tapi saya ngaku banyak skip part ni. Sebab asal bangun pagi, rasa cam ada lekat di tekak. First tu ingatkan mungkin krim tu mencair tepi mulut. Tapi next usage pun sama. Takut juga. Mana tau kandungan dia kuat (beracun). So, pakai kadang2 ja.
2) No Ingredients Details- Hmm. Ni yang paling terkilan sekali. Kenapa aah HR Dnars tidak pamer kandungan produk? (bersangka baik)
3) Kulit Menipis- Rasa benda ni especially kulit bawah mata. Ke atau normal sebab makin tua? hmm
4) Kulit Berminyak- Pakai ni kulit still berminyak. Hari2 kena pastikan oil control film ada dalam purse.
5) Tak Berkesan ke atas jerawat degil- Bila dah putih, jerawat makin nampak. 3 bulan penggunaan Dnars, jerawat masi timbul tak segan silu. Hari ni hilang, esok datang lagi tempat yang sama. Pipi pun naik kembang. So setiap malam guna T3 Clindamycin Lotion sebelum tido (coz i skipped moon cream) and the result are pretty well.
Rumusan: Gabungan Dnars Set Jerawat, T3 Clindamycin Lotion and Oil Control Film bantu reduce acne and bring back confidence. Skg masuk bulan ke-8 pakai produk ni. So far okay jugak just benda ni lebih tertumpu di muka. Nak sihat & cerah 1 badan sebenarnya. :-P Sekadar perkongsian jujur, ikhlas dan saya TIDAK menjual produk. Sekian. :-)
Monday, 19 January 2015
Towards Self Care
Meniti peningkatan usia, banyak peristiwa yang kita lalui. Yang mungkin menjadi suatu kepuasan atau menambah luka di hati. Terutamanya kini kita tersedar, dunia perlu berkomuniti. Indahnya zaman kanak-kanak bukan? Tiada apa yang perlu mereka fikirkan. Tapi jalan perlu ke depan, bukan mengundur. Hakikinya, kita yang 'dewasa' kini tidak lagi boleh berfikir "kau hal kau, saya hal saya".
Hidup berkomuniti punya pasal, adakalanya kita terlupa menjaga hati sendiri.
Pada tahun baru ni, awal-awal lagi saya berazam untuk lebih berani mengatakan "tidak" untuk benda yang membuatkan saya tidak selesa atau kurang bersetuju (rujuk no.7). It means that selama ini, saya sangat timid, takut betul melukai hati orang, pura-pura "ok" padahal dalam hati _____ (rujuk no.3). Jauh benar mahu bertalam muka tapi gara-gara mau menjaga hati orang, kita pendam perasaan yang akhirnya membuat kita stress sendiri. (rujuk no.9 dan no10). Tanpa pengetahuan 'orang' tersebut, kita simpan amarah kita. Kita mula benci orang itu sebab dia tidak pernah sedar yang dia sedang melukai kita. Tidakkah terserlah kebodohan kita di situ? 'Mereka' tidak akan tahu selagi kita tidak berterus terang.
Pagi tadi, dengan tidak semena-mena saya ter-marah seorang junior atas ______ (ada la tu). Sebab saya set dalam minda untuk mempraktikkan no7 dan no2. Secara spontan keluar dari mulut, bait-bait kata yang menunjukkan saya marah atas tindakan dia. Pertama kalinya dalam hampir 5 tahun di IPG, I directly said my thought tanpa berselindung. Lepas cakap, I leave. Dalam hati puas sebab saya berjaya menyatakan perasaan sebenar.
Tapi lepas kejadian tu, ada something yang rasa tidak syiok dalam hati. Bukan sebab saya takut dia marah, atau tersinggung. Tapi automatik dalam hati "no, this isn't it". Bukan kelegaan yang saya rasai tapi macam menambah titik hitam dalam hati (rujuk no11). Kenapa saya mesti marah. Kenapa tidak cakap baik-baik yang saya tidak suka kan? (rujuk no1). Ya. betul. Tapi semua berlaku pantas, dan perahu sudah pun terlajak.
Dalam masa 1 jam perhimpunan itu berlangsung, saya ambil masa untuk reflect balik. Sempat lagi ber-monolog. "Leslie, tahniah kau berani sudah berterus terang. Tapi sekarang kau ada musuh sudah. Are u ok with that?". Lama juga lah saya fikir. Dan saya buat keputusan, saya perlu minta maaf dengan orang tu (rujuk no12). Saya kasi positif hati saya, yang dia memang tidak sengaja. Sehabisnya assembly, saya terus hulur tangan and say sorry. Dia sambut tangan saya and said "kak, i'm so sorry". Wow.. macam ada kuasa Tuhan tau. Penuh sukacita beii. Saya punya marah trus hilang. Haha.
"Tiada kebetulan, semuanya terjadi atas rencana Tuhan"-Pn RCH 2015.
P/S : Kita perlu menjaga hati sendiri sejajar dengan hati orang lain juga. ;-)
Wednesday, 14 January 2015
Final Year 2015 !
Tic Toc Tic Toc. Cepatnya masa itu berlalu meninggalkan kita. Sedar tidak sedar, masa menginjak satu lagi tahun kedepannya and its my final year for my PISMP degree prasekolah. Teruja, gelisah, takut.. begitu banyaknya emosi yang terbuku dalam menghadapi dua lagi semester sebelum mengakhiri pengajian di bumi IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini. Yang pastinya, tahun ini pasti gempak dengan hilai tawa, tangis rajuk, manja memanja yang terakhir bersama teman seperjuangan. Akan ku pastikan itu sebelum mengangkat kaki melangkah pergi.
Terima kasih untuk cuti yang sangat bermakna buat kami. Berehat bersama keluarga, bercanda dengan sahabat kampung dan orang yang tersayang. Walaupun sementara, ia pastinya menjadi satu doa supaya kami lebih kuat menghadapi hari baru.
Azam baru untuk Bunga Keningau, i'll write more often after this. Izinkan saya menggunakan bahasa rojak versi bungakeningau.
Mr 2015, please surprise me. ;-)
Terima kasih untuk cuti yang sangat bermakna buat kami. Berehat bersama keluarga, bercanda dengan sahabat kampung dan orang yang tersayang. Walaupun sementara, ia pastinya menjadi satu doa supaya kami lebih kuat menghadapi hari baru.
Azam baru untuk Bunga Keningau, i'll write more often after this. Izinkan saya menggunakan bahasa rojak versi bungakeningau.
Cool even wihout me. ;) |
Subscribe to:
Posts (Atom)