Monday 19 January 2015

Towards Self Care

Meniti peningkatan usia, banyak peristiwa yang kita lalui. Yang mungkin menjadi suatu kepuasan atau menambah luka di hati. Terutamanya kini kita tersedar, dunia perlu berkomuniti. Indahnya zaman kanak-kanak bukan? Tiada apa yang perlu mereka fikirkan. Tapi jalan perlu ke depan, bukan mengundur. Hakikinya, kita yang 'dewasa' kini tidak lagi boleh berfikir "kau hal kau, saya hal saya".

Hidup berkomuniti punya pasal, adakalanya kita terlupa menjaga hati sendiri. 


Pada tahun baru ni, awal-awal lagi saya berazam untuk lebih berani mengatakan "tidak" untuk benda yang membuatkan saya tidak selesa atau kurang bersetuju (rujuk no.7). It means that selama ini, saya sangat timid, takut betul melukai hati orang, pura-pura "ok" padahal dalam hati _____ (rujuk no.3). Jauh benar mahu bertalam muka tapi gara-gara mau menjaga hati orang, kita pendam perasaan yang akhirnya membuat kita stress sendiri. (rujuk no.9 dan no10). Tanpa pengetahuan 'orang' tersebut, kita simpan amarah kita. Kita mula benci orang itu sebab dia tidak pernah sedar yang dia sedang melukai kita. Tidakkah terserlah kebodohan kita di situ? 'Mereka' tidak akan tahu selagi kita tidak berterus terang.

Pagi tadi, dengan tidak semena-mena saya ter-marah seorang junior atas ______ (ada la tu). Sebab saya set dalam minda untuk mempraktikkan no7 dan no2. Secara spontan keluar dari mulut, bait-bait kata yang menunjukkan saya marah atas tindakan dia. Pertama kalinya dalam hampir 5 tahun di IPG, I directly said  my thought tanpa berselindung. Lepas cakap, I leave. Dalam hati puas sebab saya berjaya menyatakan perasaan sebenar. 

Tapi lepas kejadian tu, ada something yang rasa tidak syiok dalam hati. Bukan sebab saya takut dia marah, atau tersinggung. Tapi automatik dalam hati "no, this isn't it". Bukan kelegaan yang saya rasai tapi macam menambah titik hitam dalam hati (rujuk no11). Kenapa saya mesti marah. Kenapa tidak cakap baik-baik yang saya tidak suka kan? (rujuk no1). Ya. betul. Tapi semua berlaku pantas, dan perahu sudah pun terlajak. 

Dalam masa 1 jam perhimpunan itu berlangsung, saya ambil masa untuk reflect balik. Sempat lagi ber-monolog. "Leslie, tahniah kau berani sudah berterus terang. Tapi sekarang kau ada musuh sudah. Are u ok with that?". Lama juga lah saya fikir. Dan saya buat keputusan, saya perlu minta maaf dengan orang tu (rujuk no12). Saya kasi positif hati saya, yang dia memang tidak sengaja. Sehabisnya assembly, saya terus hulur tangan and say sorry. Dia sambut tangan saya and said "kak, i'm so sorry". Wow.. macam ada kuasa Tuhan tau. Penuh sukacita beii. Saya punya marah trus hilang. Haha.

"Tiada kebetulan, semuanya terjadi atas rencana Tuhan"-Pn RCH 2015.

P/S : Kita perlu menjaga hati sendiri sejajar dengan hati orang lain juga. ;-)


Wednesday 14 January 2015

Final Year 2015 !

Tic Toc Tic Toc. Cepatnya masa itu berlalu meninggalkan kita. Sedar tidak sedar, masa menginjak satu lagi tahun kedepannya and its my final year for my PISMP degree prasekolah. Teruja, gelisah, takut.. begitu banyaknya emosi yang terbuku dalam menghadapi dua lagi semester sebelum mengakhiri pengajian di bumi IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini. Yang pastinya, tahun ini pasti gempak dengan hilai tawa, tangis rajuk, manja memanja yang terakhir bersama teman seperjuangan. Akan ku pastikan itu sebelum mengangkat kaki melangkah pergi.

Terima kasih untuk cuti yang sangat bermakna buat kami. Berehat bersama keluarga, bercanda dengan sahabat kampung dan orang yang tersayang. Walaupun sementara, ia pastinya menjadi satu doa supaya kami lebih kuat menghadapi hari baru.

Azam baru untuk Bunga Keningau, i'll write more often after this. Izinkan saya menggunakan bahasa rojak versi bungakeningau.

Cool even wihout me. ;)
Mr 2015, please surprise me. ;-)